Tanaman Harum Manis Klate kini semakin mendapat perhatian sebagai tanaman alternatif baharu di Mukim Kuala Rekang, Melawi bagi menggantikan tanaman tradisional seperti tembakau dan ubi kayu.
Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, projek komuniti yang digerakkan kerajaan negeri itu menunjukkan perkembangan positif apabila lebih 3,000 pokok Harum Manis telah ditanam di kawasan berkenaan.
Menurutnya, Melawi kini disasarkan sebagai Zon Harum Manis Klate terbesar di Kelantan dengan penyertaan peserta baharu terus bertambah setiap tahun.
Kerajaan Negeri Salur Bantuan RM120,000
Kerajaan Negeri Kelantan turut memperuntukkan RM120,000 bagi memperkukuh pembangunan Projek Komuniti Tanaman Mangga Harum Manis Al-Falah.
Bantuan itu meliputi penyediaan anak benih, sistem pengairan, input pertanian serta kursus teknikal kepada peserta menerusi kerjasama Jabatan Pertanian Kelantan dan Perlis.
Peserta Berjaya Raih Hasil Lumayan
Salah seorang peserta projek, Zunaidah Teh berkata, beliau berjaya menghasilkan kira-kira satu tan hasil selepas mengusahakan 45 pokok Harum Manis Klate di tanah yang sebelum ini terbiar.
Katanya, tanaman tersebut membantu meningkatkan pendapatan selain membuka peluang baharu kepada penduduk luar bandar dalam sektor agromakanan negeri.
Sumber/rujukan inforakyat
