Sokor Tanah Merah Berpotensi Jadi Hab Litar Sukan Lasak Kelantan

Kawasan Sokor di Tanah Merah dikenal pasti sebagai lokasi strategik untuk pembangunan litar sukan lasak berikutan keunikan bentuk muka bumi yang mempunyai ketinggian semula jadi dan laluan mencabar.

Zamakhshari Mohamad berkata, ciri geografi di kawasan tersebut amat sesuai untuk dibangunkan sebagai litar kompetitif bagi aktiviti sukan permotoran lasak.

Menurutnya, kawasan berkenaan juga telah diwartakan secara rasmi bagi tujuan pembangunan litar sukan lasak di Kelantan.

Platform Positif Untuk Golongan Belia

Beliau berkata, projek pembangunan litar itu merupakan antara usaha kerajaan negeri menyediakan platform alternatif yang lebih progresif kepada golongan belia.

Katanya, penyediaan litar yang selamat dan terkawal mampu mengurangkan penglibatan anak muda dalam aktiviti lumba haram di jalan raya selain membantu mereka mengasah bakat dalam suasana lebih profesional.

Sokor Disasar Jadi Pusat Komuniti Motorsikal Lasak

Tambah beliau, kerajaan negeri komited memanfaatkan sepenuhnya potensi kawasan Sokor demi pembangunan komuniti motorsikal lasak dan masa depan generasi muda di Kelantan.

Lawatan ke tapak projek turut diadakan bagi menilai sendiri potensi sebenar struktur muka bumi di kawasan berkenaan sebelum pembangunan dilaksanakan.

Sumber/rujukan inforakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *