Kes Dadah Di Kelantan Menurun, Program Kesedaran PEMADAM Beri Kesan Positif

Kelantan merekodkan trend penurunan kes dan tangkapan berkaitan dadah berdasarkan data yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan.

Zamakhshari Muhamad berkata, kadar kes dadah bagi setiap 100,000 penduduk di Kelantan kini berada antara yang terbaik selepas Selangor dan Kedah.

Menurutnya, statistik berkenaan menunjukkan perkembangan positif hasil pelbagai usaha pencegahan dan kesedaran yang dilaksanakan di peringkat negeri.

Program Kesedaran Kurangkan Penagih Baharu

Beliau berkata, program anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) lebih memberi fokus kepada pendidikan dan kesedaran masyarakat termasuk golongan ibu bapa serta pelajar mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.

Katanya, data semasa turut menunjukkan berlaku pengurangan jumlah penagih baharu di Kelantan.

“Ini memberi petunjuk bahawa program kesedaran yang dilaksanakan mula memberi kesan positif kepada masyarakat,” katanya.

Cabaran Dadah Moden Semakin Kompleks

Dalam masa sama, beliau mengakui cabaran penyalahgunaan dadah kini semakin rumit apabila kegiatan pengedaran dilakukan secara dalam talian dan menggunakan khidmat penghantaran.

Tambah beliau, kerajaan negeri turut menyalurkan geran RM30,000 kepada penyelidik Hospital Universiti Sains Malaysia bagi menjalankan kajian pengesanan dadah jenis baharu melalui sampel darah.

Kajian tersebut penting bagi membantu agensi penguat kuasa mengesan penggunaan dadah moden yang sukar dikenal pasti menggunakan teknologi sedia ada.

Sumber/rujukan media point

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *