Air Cukup Sepanjang Raya

1. Sempena Aidilfitri, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) tampil dengan persediaan rapi bagi memastikan bekalan air kekal stabil walaupun permintaan meningkat.

2. Dengan 43 Loji Rawatan Air yang beroperasi, AKSB kini menghasilkan 531 juta liter air sehari, dan bersedia menghadapi lonjakan permintaan sehingga 584 juta liter sehari sepanjang musim perayaan.

3. Pelan mitigasi yang dilaksanakan merangkumi penyediaan 11 lori tangki air milik syarikat bagi penghantaran bekalan ke kawasan terjejas atau terputus bekalan.

4. Sebanyak 14 lori tangki air kontrak turut disediakan bagi tujuan sama, namun operasi penghantaran melibatkan lori kontrak dihadkan dari jam 9 pagi hingga 6 petang.

5. Sebanyak 544 tangki statik ditempatkan di kawasan penempatan terpilih bagi membantu pengguna mendapatkan bekalan air.

6. Sebanyak 14 pasukan pembaikan paip AKSB bersama 12 pasukan kontraktor digerakkan sepanjang tempoh berkenaan bagi memastikan sebarang gangguan dapat ditangani segera.

7. Kesiapsiagaan tersebut melibatkan semua jajahan operasi dan telah digerakkan bermula 19 hingga 26 Mac.

8. Pengguna juga digalakkan semak lokasi tangki air melalui aplikasi MyAKSB untuk kemudahan sepanjang Aidilfitri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *