Seorang penoreh getah warga Thailand didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya di kawasan kebun getah Kampung Pulai pada April lalu.
Tertuduh, Mapaochi Samae, 46, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.
Mangsa Ditemui Dengan Kesan Tetakan
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh mangsa, Manah Maemoh, 48, di kawasan kebun getah Kampung Pulai antara jam 7 malam hingga 11 malam pada 18 April lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.
Mahkamah Tetapkan Sebutan Semula Kes Julai Ini
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shahril Ramli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 26 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat.
Sebelum ini, media melaporkan mayat lelaki warga Thailand ditemukan di anak sungai berhampiran kebun getah dengan kesan tetakan dan luka pada beberapa bahagian badan.
Sumber/rujukan Harian Metro
