Laluan Tikus Jadi Jalan Seludup, PGA Rampas 90 Lembu Dan 100 Kambing

Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara memperketat kawalan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand menjelang Aidiladha bagi mengekang kegiatan penyeludupan haiwan ternakan yang masih aktif.

Komander Briged Tenggara, Ahmad Radzi Hussain berkata, sebanyak 10 kes penyeludupan berjaya dikesan sepanjang tempoh Januari hingga 23 Mei lalu.

Rampasan melibatkan 90 ekor lembu dan 100 ekor kambing dengan nilai keseluruhan RM457,200.

Laluan Tikus Jadi Tumpuan Sindiket

Menurut beliau, sindiket dipercayai menggunakan laluan tikus di sempadan Kelantan untuk membawa masuk ternakan secara haram bagi memenuhi permintaan tinggi sempena musim korban.

Katanya, antara rampasan terbesar direkodkan pada April lalu melibatkan 28 ekor lembu dan 100 ekor kambing bernilai RM204,000.

Op Taring Wawasan Dipertingkat

“PGA akan terus mempergiat rondaan siang dan malam menerusi Op Taring Wawasan (OTW) termasuk sekatan jalan raya, sekat pintas dan pemantauan di pangkalan haram,” katanya.

Tambah beliau, penggunaan dron turut dipertingkat bagi membantu mengesan aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan dengan lebih berkesan.

Tindakan Tegas Terhadap Penyeludup

PGA menegaskan tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan haiwan ternakan di negeri ini terutama menjelang sambutan Aidiladha.

Sumber/rujukan Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *