Tanaman Harumanis yang sinonim dengan Perlis kini semakin mendapat tempat di Kelantan apabila sekumpulan pesara di Kuala Rekang, Melawi berjaya mengusahakan ladang Harumanis secara berkelompok.
Tanah Terbiar Jadi Sumber Rezeki
Projek pertanian itu bermula pada penghujung 2019 hasil perbincangan santai penduduk kampung yang mahu memanfaatkan tanah bekas tanaman tembakau yang terbiar.
Kini, lebih 40 peserta terdiri daripada pesara kakitangan awam termasuk guru terlibat dalam projek tersebut.
Lebih 3,000 Pokok Harumanis
Ketua pengusaha, Mohd Rudzuan Jusoh berkata lebih 3,000 pokok Harumanis ditanam secara berperingkat menggunakan benih dari Perlis dengan modal sendiri.
Beliau berkata faktor cuaca panas, tanah beris dan sumber air mencukupi menjadikan Bachok sesuai untuk tanaman premium itu.
Rasa Setanding Harumanis Perlis
Menurutnya, maklum balas pelanggan mendapati rasa dan aroma Harumanis Bachok setanding dengan Harumanis dari Perlis.
Bagi musim ini, hasil tuaian dijangka mencecah tiga tan, antara pencapaian terbaik sejak projek dimulakan.
Tarik Minat Pembeli
Jualan Harumanis Bachok bermula pertengahan Mei dengan harga premium mengikut gred, termasuk peluang pelanggan memetik sendiri buah di ladang.
Pesara Kekal Aktif Selepas Bersara
Pesara guru, Rasidi Teh berkata projek itu membuktikan golongan pesara masih mampu aktif dan menjana ekonomi selain mengeratkan hubungan komuniti setempat.
Mereka berharap Kuala Rekang dapat muncul sebagai hab baharu Harumanis di Kelantan pada masa depan.
Sumber/rujukan Bernama
