Balik Pantai Timur: Ikut Jadual Elak Kesesakan

Perantau yang pulang ke Pantai Timur sempena Aidilfitri disaran mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) bagi mengurangkan kesesakan di laluan utama.

Menurut AFA PRIME Berhad, pengguna ke Pahang digalakkan bergerak antara pukul 8 pagi hingga 11 pagi atau 12 tengah hari hingga 4 petang, manakala ke Terengganu dan Kelantan antara 9 pagi hingga 12 tengah hari atau 8 malam hingga 11 malam.

Pengguna juga dinasihatkan mengelakkan waktu puncak di Plaza Tol Gombak, iaitu 9.30 pagi hingga 12 tengah hari serta 9.30 malam hingga 12 tengah malam.

Selain itu, perjalanan antara 12 tengah malam hingga 6 pagi dilihat lebih lancar kerana jumlah kenderaan yang lebih rendah.

AFA PRIME memaklumkan langkah ini bertujuan mengurangkan kesesakan di lokasi kritikal seperti Gombak, Bentong dan Karak, di samping memastikan perjalanan lebih selamat dan selesa sepanjang musim perayaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *