Kumpulan Utilities Mubaarakan Holdings (KUM) digalakkan meneroka lebih banyak peluang baharu dalam industri teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui bagi memperkukuh pembangunan lestari di Kelantan.
Hilmi Abdullah berkata, KUM memainkan peranan penting dalam sektor utiliti dan teknologi hijau selain berpotensi menarik pelabur tempatan serta luar negara.
Menurutnya, syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu juga diharap mampu membuka lembaran baharu dalam pembangunan GLC negeri.
Projek Solar Terapung Dan Pengurusan Sisa Pepejal
Sebelum ini, KUM terlibat dalam pembangunan ladang solar terapung di Danau Tok Uban di kawasan seluas 167 ekar.
Selain itu, syarikat tersebut turut dilantik mengurus empat tapak pelupusan sampah di Kelantan untuk dinaik taraf kepada sistem sanitary landfill.
KUM juga berjaya membangunkan projek Material Recovery Facility (MRF) di Tapak Pelupusan Beris Lalang, Bachok bagi menjana pendapatan melalui pengurusan sisa buangan dan aktiviti kitar semula.
Program Kitar Semula Libatkan 80,000 Pelajar
Menurut Hilmi, KUM turut melaksanakan Program Komuniti Amalan Hijau Kelantan (PKAH) yang memberi fokus kepada kempen kesedaran alam sekitar dan amalan 3R.
Program tersebut mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih 80,000 pelajar daripada 80 sekolah di seluruh negeri.
Tambah beliau, pengalaman luas Pengurus Besar baharu KUM, Hassan Yaakob diyakini mampu membantu syarikat itu muncul sebagai model GLC berjaya di Pantai Timur dan Malaysia.
Sumber/rujukan media point
