Projek Jagung Bijian Jeli Dijangka Hasilkan 100 Tan Setiap Musim

Projek tanaman jagung bijian dan penghasilan silaj di Mukim Jeli Tepi Sungai dijangka mampu menghasilkan sekurang-kurangnya 100 tan jagung bijian setiap musim bagi memenuhi keperluan bahan mentah makanan ternakan di Kelantan.

Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, projek seluas 50 ekar itu dilaksanakan menerusi kerjasama antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Kerajaan Negeri Kelantan melalui Darulnaim Agro Management Industries Sdn. Bhd. (DAMAI).

Penghasilan Silaj Kurangkan Kebergantungan Import Dedak

Menurutnya, projek tersebut bukan sahaja memberi fokus kepada pengeluaran jagung bijian, malah turut melibatkan penghasilan silaj daripada batang jagung sebagai sumber makanan ternakan ruminan dan unggas.

Katanya, usaha itu penting dalam membantu mengurangkan kebergantungan negara terhadap import bahan dedak selain menstabilkan kos makanan ternakan.

Tanah Terbiar Dimanfaatkan Secara Produktif

Beliau berkata, projek berkenaan juga menjadi antara pendekatan terbaik dalam memanfaatkan tanah terbiar melalui pembangunan pertanian moden dan berimpak tinggi.

Tambahnya, kerajaan negeri berharap projek tersebut dapat terus diperkasakan dan dijadikan model pembangunan pertanian yang memberi manfaat kepada rakyat serta memperkukuh agenda keterjaminan makanan negara.

Sumber/rujukan inforakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *