61 Tikaman Boleh Dikaitkan Unsur ‘Overkill’

Public Health Malaysia (PHM) menjelaskan insiden pembunuhan kejam seorang pelajar kolej wanita berusia 19 tahun di Ketereh bukan sekadar kes bunuh biasa apabila mangsa ditemukan dengan 61 kesan tikaman pada tubuhnya.

Menurut PHM, dalam bidang psikologi forensik, serangan dengan jumlah tikaman terlalu banyak sering dikaitkan dengan istilah “overkill”.

Tindakan Melampaui Tujuan Membunuh

PHM berkata, overkill merujuk kepada keganasan yang melampaui tahap diperlukan untuk menyebabkan kematian seseorang.

Menurut perkongsian PHM di Facebook, keadaan itu boleh menggambarkan emosi yang terlalu meledak seperti kemarahan melampau, dendam, panik, rasa mahu menguasai atau kehilangan kawalan ketika serangan berlaku.

Bagaimanapun, PHM menegaskan motif sebenar sesuatu jenayah hanya boleh dipastikan melalui siasatan terperinci pihak berkuasa dan bukannya andaian di media sosial.

Mangsa Ditemui Meninggal Dunia di Tepi Jalan

Terdahulu, mayat pelajar kolej wanita itu ditemukan di tepi jalan di Kampung Simah, Ketereh dengan kesan tikaman di beberapa bahagian badan.

Mangsa dilaporkan memakai rantai leher berukir nama “Syaa”, rantai tangan serta sebentuk cincin ketika ditemukan.

Empat Individu Ditahan Bantu Siasatan

Susulan kejadian itu, polis menahan empat individu termasuk dua warga emas bagi membantu siasatan.

Mereka terdiri daripada tiga lelaki berusia antara 19 hingga 66 tahun serta seorang wanita berusia 60 tahun.

Sumber/rujukan Kosmo FB PHM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *