Pantai Berisiko Tinggi Kes Lemas

Dua pantai di Bachok, Pantai Kemayang dan Pantai Irama, dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi kes lemas berdasarkan rekod sejak 2021.

Sepanjang tempoh itu, beberapa kejadian tragis dilaporkan, dengan kebanyakan mangsa melibatkan lelaki yang dihanyutkan arus kuat.

Sempena musim perayaan, polis meningkatkan rondaan dan pemantauan di lokasi tumpuan bagi mengelakkan kejadian berulang, termasuk hebahan keselamatan kepada pengunjung.

Sebagai langkah berjaga elak mandi ketika ombak kuat, sentiasa pantau anak-anak setiap masa dan jangan ambil risiko walaupun air nampak tenang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *