Cuaca Panas Melampau Risiko Strok Haba

Malaysia kini berdepan cuaca panas melampau dengan 15 kes berkaitan haba dilaporkan setakat 2026, termasuk 3 kes strok haba dan 1 kematian melibatkan kanak-kanak.

Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai supaya lebih peka terhadap tanda awal strok haba iaitu pening berpanjangan, dahaga luar biasa serta peningkatan suhu badan.

Jika berlaku, segera cari tempat teduh untuk berlindung, minum air kosong secukupnya serta sejukkan badan dengan segera

Golongan berisiko termasuk kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik dan mereka yang aktif di bawah matahari.

Peringatan penting jangan sesekali tinggalkan anak dalam kenderaan walaupun hanya sekejap.

Ketika ini, beberapa kawasan mencatat suhu antara 35°C hingga 40°C, dengan ada yang sudah berada pada tahap gelombang haba.

Kesihatan adalah keutamaan, kekal hidrat, kurangkan aktiviti luar dan lindungi diri serta keluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *