Kes Gadis Maut 61 Tikaman: Dua Remaja Disambung Reman Tujuh Hari

Dua remaja lelaki berusia 19 tahun yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan kejam seorang gadis di Kampung Simah disambung reman selama tujuh hari lagi bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid bagi membolehkan pihak polis meneruskan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek Tiba Di Mahkamah Dengan Pakaian Lokap

Terdahulu, kedua-dua suspek yang memakai pakaian lokap berwarna oren tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu kira-kira jam 8.50 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Kes berkenaan mendapat perhatian ramai selepas mangsa, Nurfisya Zulkifly, 19, ditemukan maut dengan 61 kesan tikaman di tepi jalan pada 1 Mei lalu.

Kesan Tikaman Dari Muka Hingga Kaki

Mohd Yusoff Mamat berkata, pemeriksaan awal pasukan forensik mendapati mangsa mengalami kesan tikaman dari bahagian muka hingga ke kaki.

Menurut beliau, kebanyakan kecederaan tertumpu di bahagian kanan badan mangsa.

Pasangan Warga Emas Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Sebelum ini, empat individu termasuk pasangan suami isteri warga emas turut direman bagi membantu siasatan kes tersebut.

Bagaimanapun, pasangan berusia 66 dan 60 tahun itu telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad lalu.

Sumber/rujukan Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *