PDRM Tingkat Kawalan Stesen Minyak Hotspot, Benteras Ketirisan Bahan Api Subsidi

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkukuh penguatkuasaan di stesen minyak hotspot di enam negeri sempadan bagi membanteras ketirisan dan penyelewengan bahan api bersubsidi.

Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Datuk Fisol Salleh, seramai anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama elemen kontinjen ditugaskan di 36 stesen minyak yang dikenal pasti sebagai hotspot serta 55 lokasi berisiko tinggi.

Operasi yang bermula seawal jam 6 pagi itu melibatkan negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Perak, Sabah dan Sarawak dengan pemantauan dijalankan secara syif bagi memastikan kawalan berterusan.

Katanya, tumpuan diberikan kepada waktu puncak operasi stesen minyak antara jam 6.30 pagi hingga 11.30 malam, selain pemantauan 24 jam bagi stesen tertentu.

Langkah ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan bahan api bersubsidi disalurkan kepada golongan yang layak serta mengelakkan ketirisan yang merugikan negara.

PDRM turut menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan bagi membantu usaha penguatkuasaan.

Sumber /rujukan Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *