Ahmad’s Fried Chicken Buka Cawangan Baharu di Tunjong

Pembukaan cawangan baharu Ahmad’s Fried Chicken di Bandar Baharu Tunjong mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kuasa beli rakyat Kelantan walaupun berdepan cabaran ekonomi semasa.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, kehadiran jenama makanan dan minuman itu bukan sahaja menambah pilihan kepada pengguna, malah mewujudkan persaingan sihat dalam industri serta merancakkan ekonomi tempatan.

Menurut beliau, pembukaan restoran tersebut turut memberi impak positif melalui penciptaan peluang pekerjaan dan peningkatan aktiviti perniagaan di kawasan berkenaan.

Sementara itu, rakan kongsi Ahmad’s Fried Chicken, Syahrul Azam Mohd Ramli berkata, syarikat kini mempunyai 58 cawangan dan memilih Tunjong sebagai lokasi baharu berdasarkan potensi pertumbuhan pesat kawasan tersebut.

Orang ramai turut digalakkan menyokong usahawan tempatan serta menikmati pilihan makanan yang ditawarkan di cawangan baharu itu.

Sumber/rujukan inforakyat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *