AADK Catat 81% Kadar Kepulihan

Berita positif dalam usaha memerangi dadah: 81% klien AADK berjaya pulih sepenuhnya tahun lalu, melibatkan lebih 21,000 individu daripada program rawatan komuniti di seluruh negara.

Menurut AADK, pencapaian ini bukan sahaja membuktikan keberkesanan modul rawatan tempatan, malah melepasi kadar antarabangsa yang hanya sekitar 40–60%.

Lebih membanggakan, 1,500 individu tampil secara sukarela mendapatkan rawatan di PUSPEN. Ini menunjukkan kesedaran masyarakat semakin meningkat.

Kini, pendekatan juga lebih berperikemanusiaan: mereka yang hadir secara sukarela tidak lagi dilabel sebagai pesalah, tetapi sebagai pesakit yang perlu dibantu.

Di Kelantan, seramai 147 klien sedang menjalani rawatan secara sukarela di pusat pemulihan.

Ini bukti bahawa perubahan itu mungkin dengan sokongan, kesedaran dan peluang kedua.

Pulih itu bukan mustahil, yang penting mahu berubah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *