Dalam arus kemodenan muzik, seorang pemuda berketurunan Tionghoa dari Kelantan terus mengangkat seni tradisional apabila aktif dalam bidang wayang kulit.
Tok Dalang Muda Berketurunan Cina
Kang Xiau Ren, 29, atau dikenali sebagai Aaren Kang, merupakan antara tok dalang generasi baharu yang unik kerana berasal daripada komuniti Cina, namun mahir dalam seni warisan Melayu.
Pensyarah & Penggiat Seni
Beliau kini berkhidmat sebagai pensyarah sambilan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), mengajar subjek wayang kulit serta berkongsi ilmu kepada pelajar pelbagai kaum.
Warisan Keluarga Jadi Asas
Minat Aaren bermula sejak kecil apabila bapanya merupakan pembuat patung wayang kulit. Keluarganya turut menubuhkan kumpulan Sri Cindayu yang menggabungkan pelbagai kaum dalam seni persembahan.
Persembahan Hingga Ke Luar Negara
Selain persembahan tempatan, Aaren pernah membawa wayang kulit ke pentas antarabangsa termasuk di Amerika Syarikat, Kemboja dan Thailand.
Tarik Minat Generasi Muda
Beliau merancang memperkenalkan elemen moden dalam wayang kulit bagi menarik minat generasi muda, selain menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Sumber/rujukan Harian Metro
